Sunday, September 30, 2012

Nota Buat Sulaiman Azahari

Asssalamualaikum Sulaiman..mungkin satu hari sulaiman akan baca blog papa masa itu papa mungkin tidak ada lagi di dunia ini.Anakku Sulaiman ..papa dan mama sangat bersyukur ke hadrat Allah atas kurniaanNYA kepada papa dan mama,saat kelahiran sulaiman papa terima dengan penuh kegembiran dan mama juga kelihatan menangis melihat sulaiman..Alangkah bahagianya kami pada saat itu..selesai di periksa oleh jururawat..papa bawa sulaiman ke bilik dan papa azankan sulaiman..pada ketika itu papa lihat sulaiman senyap dan memerhati bagai memahami laungan kebesaran itu.
Masa papa dan mama dengan sulaiman seketika saja,Sulaiman di bawa ke unit rawatan intensif kerana ketika Sulaiman lahir,sulaiman mengalami masalah pernafasan..pada saat itu kelihatan mama sangat gelisah tapi papa hanya serahkan kebergantungan papa pada Allah sambil papa berdoa agar sulaiman selamat.Hampir satu hari sulaiman di sana..hampir 15 kali papa turun naik lihat sulaiman..
Hari ketiga baru sulaiman dihantar kepada papa dan mama saat itu hati papa sangat gembira melihat sulaiman di sini.Alhamdulillah sulaiman sihat dan sempurna tubuh badan.Untuk pengetahuan sulaiman papa dan mama mendapat berita gembira seawal tahun 2012......memang papa dan mama inginkan cahaya mata,papa dan mama menjaga sulaiman sejak 1 bulan kandungan,papa kerja keras untuk kumpul pemebelanjaan bersalin dan persiapaan selepas bersalin semua kami  beli sedikit demi sedikit..Alhamdulillah semua dapat kami selesaikan.
Tarikh 14 sept 2012 adalah penting bagi papa,tanggungjawab papa semakin bertambah dan ini satu cabaran yang papa akan sahut.Satu pesan papa pada sulaiman jangan sekali-kali menderhaki mama apabila besar kelak..ibu banyak berjasa pada sulaiman semenjak awal kandungan hingga disaat-saat akhir sebelum  sulaiman lahir..papa bersama mama ketika dapat juga merasai kesakitannya .tidak pernah papa lihat mama menahan kesakitan sebegitu sekali..
Kenapa papa namakan sulaiman? papa dan mama berbincang tentang nama sulaiman banyak juga nama2 yang disenaraikan tetapi papa tertarik dengan nama"Sulaiman"  juga kisah Nabi Sulaiman yang boleh berbagai bahasa.Papa harap sulaiman dapat berkat tentang nama ini dan menguasai sebanyak-banyak bahasa..Amin.
Suatu hari nanti pasti sulaiman tahu apa pekerjaan papa..papa harap sulaiman dapat terima seadanya..mungkin pada saat dan ketika ini mungkin pekerjaan ini terbaik untuk papa yang Allah beri.Papa akan kerja sekuat mungkin untuk membesar dan membahagiakan sulaiman dan mama.Maafkan papa kalau jarang ada di rumah untuk keluar bekerja suatu hari ada kelapangan papa akan temani sulaiman dan papa.

Akhir sekali sejak kelahiran sulaiman papa dan mama sering berjaga malam..papa mulai mengerti kenapa Allah suruh kita berbuat baik kepada kedua ibubapa..Alangkah indahnya Allah mengajar papa dan mama tentang itu.Papa doakan sulaiman jadi anak yang soleh dan mentaati perintah Allah..Sulaiman mesti berbuat baik kepada manusia lain...sulaimanlah harta papa dunia dan akhirat..papa doakan kebaikan buat sulaiman..dari papa (Azahari Jaafar)

Tuesday, August 28, 2012

Bintang Bintang


Kan ku lukiskan wajahmu mewarnai duniaku
Kan ku syairkan lagumu menemani sunyi

Teman ku punya cita-cita
Yang kan ku genggam akhirnya
Sudikah teruja untuk bersama
Melewati ruang angkasa

Bintang - bintang, menyinari malam ku
Bintang-bintang, setulus ucapanmu
Andaikata mu setuju genggam erat tanganku
Bintang-bintang destinasiku (Adalah Kamu)

Kan ku hulurkan bahuku tuk kau ratap tangismu
Kan ku sulami tawamu buat rencah hidup

Temanku tahu kitar roda
Kau dan aku kan berbeza
Percaya pada jiwa semesta
Melayar sepantas cahaya

Apa Ada Pada Paras Rupa

Kalau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan
pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang
suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka
berkenalan. Bahkan ramai yang akan terpikat, ingin dibuat teman
atau pacaran. Dia akan jadi rebutan.

Namun, apakah harga sekujur tubuh walaupun cantik dan
memikat. Apakah nilai sekeping jasad yang indah mata memandang.
Yang rambutnya ikal mayang. Hidung bak seludang.
Bibir bak delima merekah. Pipi bak pauh dilayang. Yang pinggangnya
ramping, dadanya bidang. Tetapi akalnya kurang.
Iaitu akal yang tidak ada ilmu, bodoh, tidak tahu dan tidak
faham, tidak boleh dibawa berbincang. Dia tidak ada pendapat
atau buah fikiran. Semua persoalan dijawab dengan senyuman
kosong yang tidak mempunyai apa-apa erti. Lebih-lebih lagilah
kalau dia gila dan kurang siuman. Percakapannya tidak logik
dan tidak seimbang. Hanya meracau-racau, tidak ada pertimbangan.
Apa yang salah pada orang, betul pada dia. Apa yang
betul pada orang, salah pada dia. Dia anggap semua orang lain
gila. Dia sahaja yang tidak gila. Itulah tanda dia gila.
Kalau bodoh atau gila, cantik macam manapun tidak diambil
kira. Jasad dan tubuh akan hilang cantiknya kalau bodoh atau
gila. Itu bukti akal itu lebih utama dari paras rupa. Malahan
kalau seseorang itu cantik, menarik dan tampan dan
pandai pula bergaya dan berpakaian, ramai orang
suka memandang. Ada tarikan. Ramai yang suka
kecantikan paras rupa hanya akan terserlah bila kita ada akal
yang sempurna.

Namun, apakah harga sebuah akal walaupun bijak dan
berilmu sekalipun. Apakah nilai sebuah akal yang tahu segala
sesuatu. Pandai berhujah, pandai menyelidik, pandai mengkaji
dan pandai merumuskan sesuatu. Kalau hati jahat, gelap dan
kotor.Iaitu hati yang penuh dengan dosa dan noda. Hati yang
penuh dengan bermacam-macam sifat kotor dan keji. Khianat,
tamak, bakhil, dusta, kasar, pemarah, angkuh, sombong, penting
diri, buruk sangka, hasad dan dengki. Nafsu yang rakus dan buas
macam kuda liar. Meronta-ronta hendak merebut dunia seolaholah
tidak akan mati. Lebih-lebih lagilah hati yang tidak kenal
Tuhan. Yang tidak cinta dan takut dengan Tuhan. Yang telah
menabalkan nafsunya sendiri menjadi Tuhan. Tidak ada akhlak
kepada Tuhan. Tidak ada akhlak sesama manusia.

Apa ertinya orang yang kacak, lawa dan tampan pula, punyai
akal yang bijak dan tajam, tetapi jahat dan tidak berakhlak. Kufur
kepada Tuhan. Kasar pada manusia. Menindas, menekan dan
menzalimi manusia. Kacak dan lawakah orang seperti ini? Cantik
dan tampankah orang yang seperti ini? Cerdik dan pandaikah
orang seperti ini? Kalau pun cantik, kalau pun tampan, kalau
pun cerdik semuanya akan tenggelam di dalam kejahatan dan
kehinaan akhlak dan peribadinya. Orang akan benci. Orang akan
marah. Kepintaran akal dan kecantikan paras rupanya akan
hilang dan menjadi samar kerana perangainya yang seperti
haiwan.

Hati dan rohlah yang paling berpengaruh. Kalau hati baik
dan luhur, ia akan terpancar kepada akal dan jasad. Hati dan roh
itu adalah hakikat diri manusia. Manusia itu adalah hati dan
rohnya. Berusahalah untuk mencantikkan hati. Kecantikan hati
itu lebih utama dari kecantikan akal dan paras rupa. Bila hati
cantik, akal akan bersinar. Bila akal bersinar, kecantikan paras
rupa akan terserlah. Sebaliknya bila hati gelap, akal akan menjadi
malap. Malap akal maka lenyaplah kecantikan paras rupa.
Kecantikan akal dan paras rupa akan habis di dunia. Kecantikan
hati akan bersinar sampai bila-bila, kekal tanpa penghujungnya
sampai ke Akhirat.

Matlamat Pendidikan Mengikut Kehendak Tuhan

Kebanyakan ibu bapa menganggap bahawa sekolah ialah
tempat untuk menimba sebanyak-banyak ilmu hingga
ke peringkat yang setinggi mungkin. Supaya masa
depan anak-anak mereka terjamin dengan mendapat sijil dan
ijazah sama ada ijazah pertama, masters atau Phd. Agar mudah
bagi anak-anak mereka itu mendapat jawatan yang tinggi dan
gaji yang lumayan. Mungkin di celah-celah itu terselit juga
maksud supaya ibu, ayah, anak dan keluarga seluruhnya dipandang
mulia di sisi masyarakat sebagai keluarga pintar dan
berpelajaran. Itulah juga asas yang digunakan dalam masyarakat
kita bagi mengurniakan anugerah, pujian dan sebagainya.
Mithali atau tidak, cemerlang atau tidak atau sama
ada ibu, ayah, anak atau keluarga itu boleh dijadikan contoh
atau tidak adalah berdasarkan kepada berapa ramaikah anakanak
yang berjaya dididik hingga menjadi doktor, jurutera,
arkitek, akauntan, pensyarah universiti, peguam dan sebagainya.
Dalam erti kata yang lain, anak-anak dihantar ke sekolah
khusus untuk tujuan ekonomi (untuk mendapat kerja) dan
bagi tujuan mendapat kemuliaan dan kehormatan di sisi
masyarakat. Tidak dapat kita lihat adanya matlamat yang lain
selain dari dua matlamat yang disebutkan itu.

Oleh yang demikian, samalah ibu ayah kita dengan ibu
ayah dalam masyarakat yang bukan Islam seperti di Amerika
United Kingdom, negara-negara Eropah, Jepun, Cina dan sebagainya.
Ibu ayah di negara-negara tersebut juga menghantar
anak-anak mereka ke sekolah kerana tujuan ekonomi dan untuk
mendapat kehormatan dan kemuliaan di sisi masyarakat
mereka dan tidak lebih dari itu.

Sedangkan menuntut ilmu itu diwajibkan oleh Islam. Masakan
Islam mewajibkan kita menuntut ilmu hanya supaya
kita boleh dapat kerja, dapat gaji yang banyak dan dimuliakan
di sisi masyarakat kerana ilmu kita itu. Masakan matlamat
hukum Islam supaya kita mencari ilmu itu terhenti setakat
hal-hal dunia yang remeh-temeh seperti itu. Kalau setakat
itulah sahaja matlamatnya, apa perlunya Allah datangkan Islam
kepada kita dan apa perlunya diwajibkan pula kita menuntut
ilmu. Orang-orang bukan Islam pun boleh faham malah mereka
lebih gigih mencari ilmu tanpa payah mereka menganut dan
mengamalkan Islam.

Di peringkat negara pula, berdasarkan kepada dasar pendidikan
yang diamalkan, warga pelajar dianggap tidak lebih
sebagai bahan ekonomi atau buruh ekonomi (economic labour
force) yang perlu diajar dan diberi kemahiran supaya mereka
boleh digunakan untuk menjana ekonomi negara dalam segala
bidangnya sama ada pertanian, perikanan, industri pembuatan,
perdagangan, industri perkhidmatan dan lain-lain lagi. Inilah
perkara pokok yang terkandung dalam dasar pendidikan
negara.
Kalaupun ada dasar yang berbau atau bersifat kemanusiaan
seperti agama, moral atau bina insan, itu adalah untuk
menentukan pelajar tidak jadi liar atau jadi jahat supaya mereka
tidak mencetuskan huru-hara dan merosakkan sistem yang
ada. Ia adalah untuk mempertahan dan menyelamatkan sistem
yang ada dan bukan untuk menyelamatkan para pelajar itu
sendiri dari kemurkaan Tuhan dan dari seksa api Neraka. Istilah
‘dasar pendidikan’ yang digunakan juga tidak tepat kerana
dasar tersebut kurang menekankan hal-hal pendidikan yang
sepatutnya membuahkan akhlak tetapi banyak menekankan
hal-hal pembelajaran yang bermatlamatkan ilmu semata-mata
terutama ilmu dunia atau ilmu akademik.

Inilah keadaan sistem dan matlamat persekolahan yang
wujud sekarang di negara kita. Tidak salahlah kalau ada pihak
yang menuduh sistem ini sebagai sekular kerana ia tepat
dengan takrif sekular itu sendiri. Sekular bermaksud sesuatu
yang bermatlamatkan dunia semata-mata tanpa ada apa-apa
kaitan langsung dengan Akhirat. Oleh itu, sesuatu mesti
dilakukan supaya sistem sekolah kita dapat disusun semula
untuk menjadikannya satu sistem yang menjurus kepada
Akhirat dan kepada keredhaan Tuhan dan tidak hanya untuk
tujuan duniawi dan untuk mencetuskan kemajuan dan pembangunan
sahaja. Dalam erti kata yang lain, sistem persekolahan
kita mesti mampu membina suatu tamadun rohani
yang akan membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di
Akhirat.

Tujuan utama pelajaran dan pendidikan dalam Islam bukan
semata-mata hendak menguasai berbagai-bagai bidang ilmu
tetapi ialah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Iaitu insan
yang menjadikan Allah cinta agungnya, akhirat matlamat
hidupnya, yang melihat dunia ini semata-mata sebagai tempat
untuk bercucuk tanam yang hasilnya diperolehi di akhirat dan
agar terselamat mereka dari neraka dan berjaya memasuki
syurga. Iaitu insan yang sanggup dan rela berjuang dan berkorban
untuk menyampaikan pelajaran serta membangunkan
syakhsiah manusia di tengah masyarakat agar ahli-ahli masyarakat
juga menjadi insan-insan yang bertaqwa. Dalam erti
kata yang lain, pendidikan itu adalah untuk melahirkan insan
yang mampu mengajak dan menyeru manusia kepada kebajikan
dan kebaikan serta untuk menegah dan menghindar
mereka dari kejahatan dan kemungkaran (amru bil makruf
wanahyun anil mungkar).

Dalam Islam, sekolah bukan semata-mata untuk melahirkan
ahli ilmu yang bertauliah dengan tujuan untuk makan
gaji, untuk sara hidup atau untuk kemegahan dan nama di
dunia, tetapi adalah untuk melahirkan orang-orang yang bekerja
untuk Tuhan. Orang-orang yang bertanggungjawab menyampaikan
ajaran Allah Taala dan memperkenalkan manusia
kepada Allah. Agar agama Allah diterima oleh manusia dan
dapat mengatasi seluruh agama lain di atas muka bumi ini.
Agar manusia seluruhnya menyembah Allah yang mencipta
mereka dan bukan tuhan-tuhan palsu yang lain atau terus
menolak, menafi dan menentang Tuhan.
Ini semua adalah untuk menentukan agar seluruh kehidupan
berjalan dengan penuh disiplin, bertolong bantu,
bekerjasama dan mengikut syariat Allah supaya akan wujud
harmoni dan kasih sayang antara manusia. Begitulah besarnya
matlamat dan erti pelajaran dan pendidikan kepada manusia.
Ia merupakan roh dan nadi kepada seluruh kehidupan.
Kalau sesuatu sistem pelajaran dan pendidikan itu hanya
dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelajaran,
dapat melahirkan ahli-ahli ilmu di berbagai bidang
dan dapat melahirkan cendikiawan-cendikiawan yang terbilang
dan tidak lebih dari itu, maka sistem seperti itu dianggap telah
gagal oleh Islam. Kerana ia telah melahirkan manusia yang
tidak kenal penciptanya dan yang membelakangkan syariat-
Nya, yang mengutamakan hidup di dunia melebihi hidup di
Akhirat, yang sombong, yang mementingkan diri dan yang
gilakan nama dan glamour. Dengan adanya manusia-manusia
seperti ini maka akan lahirlah budaya jatuh-menjatuh, fitnahmemfitnah,
singgung-menyinggung, umpat-mengumpat dan
kata-mengata. Akan timbul huru-hara dalam kehidupan dan
manusia akan hilang keamanan dan keselamatan.

Matlamat pelajaran dan pendidikan ialah untuk membolehkan
manusia melaksanakan tanggungjawab dan fungsi
ianya dicipta oleh Tuhan. Dan tidaklah manusia itu dicipta oleh
Tuhan melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Sekiranya
sesuatu sistem pelajaran dan pendidikan itu tidak
menghasilkan manusia yang pandai mengabdi dan memperhambakan
dirinya pada Allah dan sebaliknya pula hanya
bertujuan untuk membina hidup di dunia, mengumpul kekayaan
dan harta, ingin dipuji dan dimuliakan oleh manusia maka
ini telah tersimpang jauh dari tujuan manusia itu diciptakan.
Kalau kita tidak menepati tujuan kita diciptakan oleh Tuhan,
maka sudah barang tentu Nerakalah tempat kembali yang
selayaknya. Wal‘iya zubillah.

Aku Dan Perasaan Ini

Mungkin dengan tulisan kita boleh meluahkan perasaan..mungkin dengan tulisan boleh memberi harapan pada manusia lain...kita semua tidak sempurna..mencari kesempurnaan itu penting...belajar dari pengalaman..balajar dari bawah dari susah kepada senang..belajar supaya jangan buat orang rasa kecewa,marah dan kurang senang...tapi semua itu susah..hati ini masih lemah..mungkin jiwa ini belum suci dari prasangka negatif..apa yang penting belajar dari pengalaman...dari situ kita menilai manusia,menerima ketentuan Tuhan..menjadi kuat dan tabah...

Untuk Kita

Manalah Hati Tidak Gelisah
Manalah hati tidak gelisah
Risau, resah, gundah, sedih dan kecewa
Kerana ke mana sahaja pergi,
di mana sahaja berada,
ingin orang ambil hati
Inginkan dipuja dan dipuji, dihormati,
disanjung dan diambil perhati
Lebih-lebih lagi kalau kaya,
ingin disebut-sebut kekayaannya
Kalau pandai ingin dipuji dan dihormati
Kalau berpakaian ingin sangat
orang mengambil perhatian
Paling tidak, kalaupun orang tak puji dan hormati,
jangan ada orang yang mencaci
Kehendak-kehendak ini tidak mungkin didapati
setiap hari
Kemahuan itu tidak semua diperolehi
Kerana manusia lain juga kebanyakan
perasaannya macam itu juga
Semua orang merasa lebih patut dia dihormati
daripada menghormati
Setiap orang berkehendak dipuji
lebih daripada memuji
Paling tidak dia tidak dibenci dan dicaci,
kalaupun tidak dihormati
Kehendak-kehendak macam inilah
yang bila tidak tertunai
Manusia gelisah
Mana pergi hati susah, sedih, resah
Keinginannya itulah apabila tidak diperolehi,
aduh sakit hati
Jiwa tercabar, hati tercalar
Tapi kalau manusia itu sedar dirinya hamba yang hina
Segala puja dan puji tidak layak dia terima
Dia rasa tidak perlu itu semua
Bahkan terseksa kalau dia mendengarnya
Ke mana dia pergi, dia tidak perlu
meminta manusia menghormatinya
Orang yang jiwanya begini,
dia tidak akan susah hati dan gelisah
Yang dia rasa susah hanya dengan Allah