Monday, May 27, 2013

Buat Baik Berpada pada

Mungkin aku terlalu baik dan mungkin juga aku bukan terlalu bagus untuk pegang duit banyak...tapi dari kecik arwah mak aku ajar kena jujur dan selalu tolong orang.aku banyak tolong orang..aku banyak dipijak orang..bila dipijak aku lari dan mulakan benda baru..perkara lama akan kembali berulang..kalau mak masih hidup aku nak tanya soalan ini "Mak Betulkah apa yang aku buat ini?" Mak aku minta maaf kerana selalu lupakan ayah yang tinggal sorang..aku terlalu utamakan orang luar dari keluarga aku sendiri. :(


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tropicana,Petaling Jaya,Malaysia

Tak Mampu Beli Rumah Aku Beli Tilam Dulu..

Hari ini dalam sejarah aku beli tilam untuk keluarga aku,walaupun ianya bukan berpuluh ribu aku rasa ianya berbaloi untuk keluarga aku.hope lepas ni aku boleh beli katil pulak...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Petaling Jaya,Malaysia

Janda Baik

Kali pertama aku menjejakkan kaki ke janda baik ahad lepas,sebelum ini aku hanya dengar nama saja dari set radio polis tempat bapak aku keje....simpang masuk mula aku agak keliru dengan simpang masuk bukit tinggi,selama ini aku ingat simpang masuk bukit tinggi itulah laluan ke janda baik.Memandu di jalan kecil dan bengkang bengkok ini megingatkan aku jalan dari benta ke jerantut..hampir sama...sampai saja ke akademi kelab bola sepak frenz united ini aku rasa macam terpegun tempat ini,cantek betul padang ni dan dikelilingi bukit bukau.Petang ni pulak ada pelangi yang sangat jelas untuk aku lihat..


- Posted using BlogPress from my iPad



Location:Petaling Jaya,Malaysia