Tuesday, August 6, 2013

Aku Tahu Kau Akan Pergi

Aku tahu pasti kau akan pergi
Aku tahu pasti kau tetap akan pergi
Aku redha dengan pemergianmu
Aku tidak pasti apa mungkin kita akan bersua lagi
Aku tidak pasti antara kita apakah mungkin ada pertemuan lagi...
Andai ini yang terakhir
Andai esok aku terpanggil
Ku sandar hajatku di dinding takdir
Harap dan sujud pada Yang Maha Mentadbir...

Cinta Dan Manusia

Cinta dan manusia juga tidak dapat dipisahkan,hebatnya kuasa cinta hingga tidak ada kuasa lain dapat menahannya...aku melihat dari sudut kerjaya aku sebagai pegawai seranta,jika seseorang artis itu sudah mula bermain cinta ..aku melihat mereka sudah hilang 40% fokus kerjaya mereka...perasaan ingin berjumpa atau menelefon pasangan semakin tidak dapat di kawal..walaupun hakikatnya mereka mendakwa mereka tidak berubah, tetapi orang mengurus kerjaya mereka dapat melihat perubahan mereka ..walaupun penat masih juga ingin berjumpa pasang mereka..ada juga yang sering menghubungi pasangan mereka hampir setiap masa..aku tidak dapat menghalang kuasa cinta ini,tetatp aku memerhati dari sudut hati ini...aku semakin lemah dan putus asa...mungkin suatu masa aku berubah demi kebaikan keluargaku sendiri..sampai bila kita harus perubah bagi orang lain sedangkan org itu tidak mahu berubah...jauh di sudut hati ini aku amat kecewa

Manusia..Dunia Dan Duit

Manusia tidak boleh dipisahkan dengan dunia seringkali dunia ini ibarat sinonim dengan manusia,tetapi manusia tidak boleh di pisahkan dengan duit.Kuasa duit bisa merubah seseorang manusia...dari semangat setiakawan kepada pentingkan diri sendiri kerana duit...aku juga tidak terpisah dari itu keringat dan tenagaku di kerah atas dasar setiakawan  tetapi melibatkan soal duit aku diketepikan dan dirahsiakan dari pengetahuanku....begitu juga manusia yang hanya berkawan hanya untuk mendapat kepentingan dari soal wang ,pangkat atau sebagainya....Di zaman serba moden ini kita tidak lari dari bertemu dengan manusia manusia seperti ini,diharap kalian lebih berfikiran terbuka dan berhati-hati dalam situasi ini.Aku hanya mampu meluahkan kekesalan ini dengan hanya menulis di sini ..tidak dapat berbuat apa-apa dari bersikap optimis bahawasanya suatu hari nanti tuhan akan berikan kejayaan selepas aku melalui situasi2 ini agar aku tidak mengulangi perkara yang sama kepada manusia lain